Aktiviti 1

Kumpulan Sasaran     : Murid Kumpulan Pengayaan

Topik                         : Isipadu Cecair

Sub Topik                  : Memgukur dan membandingkan isipadu cecair

Kelas                         : 2 Bestari

Aktiviti                       : Berkumpulan mengikut tahap pencapaian

   
1. Guru menyediakan beberapa bekas kosong yang berlainan saiz untuk murid.




2. Murid memasukkan air di dalam bekas yang disediakan ke dalam bekas kosong.



3. Murid melihat air di dalam bekas tersebut kelihatan berbeza jumlahnya.



4. Guru meminta murid menyukat jumlah air di dalam bekas tersebut.



5. Murid mencatatkan bacaan yang mereka perolehi di dalam borang yang disediakan.

     Contoh Borang Catatan :

    Nama Kumpulan     :..........................................................................
    Bil Ahli                    : 5 orang
   
   Bekas A                  : ...............................ml

   Bekas B                  :................................ml

   Bekas C                 :.................................ml

   Bekas D                 :.................................ml

   Bekas E                 :..................................ml





6. Guru dan murid membuat kesimpulan bahawa jumlah air adalah sama walaupun kelihatan berbeza jumlahnya.