Kesimpulannya, menyukat isipadu cecair boleh dijalankan dengan cara yang menarik dan menarik minat murid. Memberi peluang kepada murid melakukannya sendiri dan merekodkan bacaan yang dibuat adalah satu pengalaman yang akan menambahkan kemahiran mereka. Murid akan lebih memahami dan menjadikan topik ini sesuatu yang menarik.
Guru perlu menerangkan bahawa cecair boleh disukat isipadunya . Cecair juga akan kelihatan berbeza jumlahnya kerana cecair akan mengikut bentuk bekas. Di dalam bekas yang besar,cecair mungkin kelihatan sedikit sahaja,tetapi di dalam bekas kecil dan tinggi, ia mungkin kelihatan lebih banyak.
Menyukat isipadu cecair adalah kaedah terbaik untuk mengetahui jumlah isipadu cecair tersebut.